DJ Koh : Siri Samsung Galaxy A Dijangka Menggantikan Siri Galaxy J Dalam Tempoh Sekitar Setahun

Samsung telah pun melancarkan siri Galaxy A terbaru mereka secara rasminya semalam, dimana dua peranti baru telah diperkenalkan, iaitu Galaxy A7 dan juga Galaxy A9. Selari dengannya, kami juga turut telah berpeluang untuk bertemu dengan DJ Koh dimana beliau berkongsi beberapa perancangan syarikat mereka.

Menurut DJ Koh, siri Galaxy A disasarkan untuk negara-negara membangun, dan membawakan tanda harga yang sangat kompetitif. Ini dapat dilihat dengan harga Galaxy A7 (2018) yang ditawarkan pada harga RM1299 – salah satu harga yang sangat rendah berbanding penawaran Samsung sebelum ini.

Bergerak kehadapan, kita mungkin akan dapat melihat Galaxy A5 dan Galaxy A3 akan datang yang mungkin berharga jauh lebih rendah – sekaligus menggantikan siri Galaxy J sendiri.

DJ Koh sendiri mengatakan kepada kami yang mana mereka sedang melihat untuk menggantikan siri Galaxy J dengan Galaxy A sepenuhnya dalam tempoh sekitar setahun akan datang.

Hal ini juga selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan siri Galaxy J akan ditamatkan dan digantikan dengan siri baru yang lain.

Menggunakan siri Galaxy A untuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan akan memudahkan lagi proses pemasaran telefon Samsung – selain memposisikan siri berkenaan untuk bersaing dengan lebih baik bersama pelbagai pengeluar China yang lain di pasaran hari ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.