DJI Kini Menghasilkan Robot Yang Digunakan Untuk Mengajar Pengaturcaraan

DJI ialah nama besar dalam dunia penghasilan dron sebelum mengembangkan sayap untuk menghasilkan kamera aksi dan juga gimbal kamera. Mereka kini mengembangkan lagi sayap dengan lebih luas dengan penghasilan robot DJI RoboMaster S1. Robot dengan empat roda ini dihasilkan bagi mengajar pengguna bahasa pengaturcaraan.

RoboMaster S1 hadir dengan 46 komponen yang perlu dipasang sendiri oleh pemilik. Ia boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara menggunakan bahasa pengaturcaraan Scratch 3.0 dan Python. Di atas casis kenderaan, terdapat sebuah rudal dengan meriam yang boleh menembak bebola yang diperbuat daripada gel. Ini membolehkan dua pemilik RoboMaster S1 untuk bertempur antara satu sama lain.

Terdapat juga kamera terbina dan lebih dari 31 sensor di dalam kit robotik ini yang membolehkan ia melakukan pelbagai perkara. DJI RoboMaster S1 dijual pada harga $499 (~RM 2077) untuk satu set. Dengan pengenalan robot ini, DJI mengikut jejak langkah Lego dan Xiaomi yang turut menjual robot bagi tujuan mengajar bahasa pengaturcaraan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.