TechSemut Malaysia

Dominasi melampau TM mundurkan negara

Dominasi melampau TM mundurkan negara

Jun 09
16:11 2018
Share Button

Carts organisasi syarikat monopoli fiber negara, TM yang berserabut antara punca kualiti jalur lebar di negara ini indah khabar dari rupa.

Bapa Internet negara, Dr Mohamed Awang Lah, dalam status Facebooknya bernombor 178 mengulas awal tentang kerusi panas TM.

Berikut disiarkan status tersebut yang diterbitkan pada pagi Khamis tanpa suntingan.

#178: Kerusi Panas TM

1. Selepas PRU14, banyak kerusi panas bertukar tuan. Terbaru ialah MD/Group CEO TM. Tak tahulah ada kaitan dengan politik atau semata-mata kerana bisnes. Saham TM telah banyak menurun sejak akhir-akhir ini.

2. Bila saya tengok carta organisasi TM, terkejut juga saya. Yang lama masih kekal, yang baru terus ditambah. Satu faktor yang menurunkan kecekapan. Setiap anak syarikat perlu bos sendiri. Banyak overhead tu. Bilangan staf sudah hampir 30k.

3. Dulu TM ada Celcom. Dijualnya. Bagi saya satu langkah yang kurang bijak. Lepas tu beli P1 pula kerana nak masuk balik dalam bisnes wireless. Tukar nama kepada Webe. “E” tu disebut seperti dalam ‘ekor’. Kalau di Kelantan ada juga perkataan ‘tawar ebe’. Tak menarik bagi saya. Entahlah mungkin TM akan berjaya satu hari nanti.

4. Saya pernah melawat bilik telko sebuah universiti. Di dalamnya ada tak kurang tiga “fibre terminantion box” milik bahagian yang berlainan dalam TM. Mereka tak boleh berkongsi agaknya.

5. Dalam kumpulan TM ada Fibercomm dan Fiberail. Hampir semua gentian optik di negara kita dimiliki TM. TM beroperasi wholesaler dan retailer. TM Wholesale jual perkhidmatan kepada syarikat retail lain yang terpaksa bersaing dengan TM Retail. Mana boleh lawan. Dah lah tu, gentian optik adalah eksklusif untuk TM sahaja. Hanya bandwidth yang disewa kepada syarikat lain.

6. Bagi saya, ini satu kepincangan negara. Beri kesan besar kepada kualiti broadband. Mungkin dah sampai masa untuk susun semula TM supaya lebih cekap. Beggage lama perlu dibuang. Bahagian gentian optik sepatutnya diasingkan jadi wholesaler sahaja untuk memberi perkhidmatan kepada semua syarikat retailer lain tanpa bersaing dengan mereka.. Bahagian perkhidmatan global pula juga diasingkan untuk tumpu perhatian kepada bisnes antarabangsa, boleh menjadi kapal induk kepada kapal kecil lain. TM Retail boleh terus beroperasi secara yang lebih cekap.

7. Tapi siapalah saya untuk berkokok fasal TM. Hanya seorang pelanggan yang kerap mengadu …

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com