Dompet Digital Touch ‘n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Tambang Teksi

Perkembangan penggunaan dompet digital adalah amat pesat tahun ini dengan pelbagai syarikat berlumba-lumba mempopularkan perkhidmatan mereka. Antara yang paling aktif ialah dompet digital Touch ‘n Go. Mereka kini mengembangkan penggunaan dompet digital ini untuk pembayaran tambang teksi.

Setakat ini 4000 teksi EzCab dan Public Cab menyokong pembayaran menggunakan aplikasi Touch ‘n Go dengan sasaran meningkatkannya kepada 10,000 menjelang hujung tahun ini. Pihak Touch ‘n Go berharap kesemua 67,000 teksi berdaftar seluruh negara akan menyokong pembayaran menggunakan dompet digital ini menjelang penghujung 2019.

Untuk melakukan pembayaran penumpang perlu mengimbas kod QR yang terletak di dalam teksi. Mereka kemudian memasukkan nilai tambang sebelum melakukan pengesan dengan memasukkan pin 6 angka peribadi. Pembayaran yang berjaya akan disahkan menerusi SMS yang dihantar kepada penumpang dan pemandu teksi. Penggunaan dompet digital ini diharap akan memacu Malaysia ke arah negara nirtunai serta memodenkan perkhidmatan teksi di seluruh negara.

Selain pembayaran tambang teksi, dompet digital ini juga boleh digunakan di rangkaian kedai KK Mart, LRT dan pembelian tiket wayang Tanjung Golden Village.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.