Dragon Ball FighterZ Untuk Switch Kini Didalam Percubaan Beta Terbuka

20

Dragon Ball FighterZ semestinya sebuah permainan perlawanan yang terhangat dipasaran untuk tahun ini, khususnya populariti permainan tersebut didalam senario kompetitif- data menunjukkan jumlah pemain yang tinggi semasa perlawanan Evo tahun ini dan mengalahkan Street Fighter V.

Diumum semasa acara E3 beberapa bulan yang lalu, permanan perlawanan jenis 3v3 ini juga akan hadir ke Nintendo Switch.

Percubaan beta secara umum telahpun diumum dan akan hadir pada bulan Ogos ini, mengikut dari tweet Bandai Namco US. Namun tiada tarikh yang ditentukan setakat ini.

Tambahan pula, bersempena dengan pelancaran versi Switch nanti, pemaju permainan ini akan membawakan kandungan multiplayer serba baharu yang tidak ada di dalam versi platform yang lain.

Dragon Ball FighterZ akan mula dipasarkan untuk Nintendo Switch pada 28hb September nanti, namun ianya telahpun tersedia dibeli untuk PS4, PC dan Xbox One.

Sumber Game Informer

Artikel Asal: Gamer Matters

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.