Dragon Quest XI Terjual Lebih 6 Juta Unit

Square Enix mengumumkan Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age telah terjual lebih dari 6 juta unit dari tarikh pelancaran sehingga sekarang.

Angka jualan ini juga termasuk dari jualan permainan versi Definitive Edition yang telah dilancarkan ke platform Switch. Versi ini juga bakal hadir ke PS4, PC dan Xbox One.

Permainan JRPG ini mengekalkan teknik permainan yang kita jangkakan, JRPG. Dan nampaknya genre ini masih lagi mempunyai permintaan dari peminat, terbukti dari jumlah jualan yang direkod. Walaupun permainan-permainan RPG Square Enix yang lain telah merevolusikan konsep RPG mereka seperti Final Fantasy, namun Dragon Quest masih lagi mengekalkan idea asal mereka.

Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age – Definitive Edition adalah beradasarkan dari pelancaran versi Nintendo Switch, dimana ianya mempunyai kandungan ekstra dari versi biasa. Ini termasuk penceritaan karakter sampingan, mode 2D, audio didalam bahasa Jepun, World of Tickington didalam 16-bit dan banyak lagi.

Versi ini juga bakal hadir ke PC melalui Steam dan Epic Games Store. Menariknya, versi Definitive Edition didalam Steam lebih murah, iaitu RM169, berbanding RM249 untuk versi biasa.

Namun satu berita buruk buat pemain sedia ada, dimana versi Definitive Edition tidak boleh dinaik taraf secara percuma dari versi asal.

Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age – Definitive Edition akan dilancarkan pada 4hb Disember ini untuk PS4, PC (Steam, Epic Games Store) dan Xbox One sebagai permainan Xbox Play Anywhere. Ini bermakna anda boleh bermain versi Windows 10 PC juga. Ianya juga bakal hadir ke Xbox Game Pass.

Melalui: Gamer Matters.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*