Drive modes dalam kamera

Assalamualaikum wbt

Dalam tutorial kali ni saya akan terangkan tentang drive modes dalam kamera anda.

Drive modes adalah setting untuk mengubahsuai cara anda merakam gambar.

Bila kita ambil gambar yang tak bergerak, contoh portrait atau landscape. anda boleh klik sekali saja. Untuk itu kita boleh gunakan drive mode jenis SINGLE SHOOTING.

CONTINUOUS SHOOTING (HIGH SPEED)

Untuk mode dibawah ini, kita gunakannya apabila merakam benda yang pantas bergerak macam kenderaan yang bergerak laju. Mode ini juga selalu digunakan pada subjek seperti burung burung, haiwan liar dan juga apabila merakam sukan.

High speed adalah lebih laju dari normal speed. Kalau high speed 10 frame per second, maka normal speed mungkin 5 fps saja.

Kalau kita nak rakam gambar anak anak bergerak, kita perlu guna mode ini.

Menggunakan mode ini perlu disertai dengan tetapan setting pada focus mode dan juga shutter speed yang sesuai.

Apabila kita belajar fotografi dengan betul, insya allah kita boleh gunakan mode ini dengan tepat.

Artikel-artikel lain :

Share with your friends:

sumber asal : adhadi.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.