Ada pepatah di kalangan kelasi kapal iaitu kapal hanya boleh belajar selagi wujud bekalan makanan mencukupi. Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat misalnya boleh belayar tanpa henti bertahun lamanya kerana menggunakan reaktor nuklear. Tetapi bekalan makanan perlu ditambah setiap beberapa bulan. Oleh itu rantaian bekalan yang berterusan adalah perlu.

Tetapi mungkin ramai tidak menyedari, kadang kala bekalan alat ganti yang kecil juga perlu dan Tentera Laut Amerika Syarikat menyedari kos yang tinggi dibelanjakan untuk menerbangkan bekalan ke kapal. Sebanyak 90% kargo yang dibawa dalam helikopter adalah lebih ringan daripada 23 kilogram. Oleh itu penggunaan helikopter adalah membazir bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga aset ketenteraan.

Oleh itu Tentera Laut A.S kini menguji menggunakan dron swaterbang bagi mengambil alih tugas yang dilakukan helikopter selama ini. Sebuah Blue Water UAS berjaya melakukan penghantaran kargo dari pusat selenggara di Norfolk Virginia ke kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford. Ia membuktikan konsep menggunakan dron untuk penghantaran kargo kecil boleh dilakukan.

Dengan penggunaan Blue Water UAS, helikopter MH60 dan pesawat kipas sendeng V-22 Osprey tidak akan lagi dibazirkan untuk membawa kargo alat ganti yang kecil. Ini sebuah lagi projek pemodenan Tentera Laut A.S yang menggunakan kemampuan dron. Dron kini diuji untuk mengisi minyak pesawat tempur dan dilancarkan dari kapal selam.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.