TechSemut Malaysia

Dron Mini DJI Spark Dilancarkan Untuk Kegunaan Santai

Dron Mini DJI Spark Dilancarkan Untuk Kegunaan Santai

Dron Mini DJI Spark Dilancarkan Untuk Kegunaan Santai
Mei 25
18:11 2017

Pasaran dron sekarang dipenuhi dengan dron-dron kelas prosumer yang dijual pada harga kurang mampu milik. Pada waktu yang sama dron-dron ini kesemuanya semakin kompleks untuk dikawal dan tidak mesra pengguna. Oleh itu dron mini DJI Spark dilancarkan untuk kegunaan santai.

Ia hanya sedikit lebih besar dari telapak tangan tetapi dilengkapi teknologi mengenali wajah pengguna, kawalan isyarat tangan, navigasi mengelak halangan aktif dan mengikut pergerakan pengguna. Sebuah kamera 12-Megapixel dengan gimbal dua paksi disertakan bagi mengambil gambar serta video pada resolusi 1080P.

Dengan sekali caj Spark boleh terbang selama 16 minit dengan jarak penerbangan sehingga dua kilometer. Kelajuan maksimumnya pula ialah 50 Km/j. DJI Spark akan mula dijual bulan hadapan dengan lima pilihan warna pada harga bermula $499 (~RM 2135).

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com