Dropbox, salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada storan awan, telah pun mula memperluaskan penawaran kepada produktiviti sedikit demi sedikit. Terbaru, mereka dilihat bakal telah mula menguji sebuah lagi produk baru, dinamakan sebagai Dropbox Passwords.

Dropbox Passwords merupakan alternatif kepada perkhidmatan pengurusan kata laluan lain. Melaluinya, anda boleh menyimpan akses kepada sejumlah akaun, dan memudahkan anda log masuk ke web-web yang dihubungkan dengan mudah.

Malah, dengan integrasi multi-peranti, ia memudahkan anda melakukan pengurusan kata laluan di desktop atau di peranti mudah-alih.

Dropbox Password

Kebiasaannya, melalui pengurusan kata laluan ini, ia akan mengingati kata laluan anda, dan membolehkan anda log masuk menggunakan Dropbox Password. Seperti biasa, sokongan penyulitan dan sebagainya memastikan akaun anda selamat dan tidak diceroboh pihak lain.

Buat masa ini, penawaran Dropbox Passwords masih pada peringkat awal, dan ditawarkan kepada pengguna Dropbox Plus dan Professional sahaja buat masa ini.

Layari : Dropbox Passwords

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.