Dropee merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan edagang B2B untuk pasaran borong. Pada bulan Mac lepas, Dropee telah menjadi salah satu syarikat tempatan menyertai Y Combinator, dan hari ini mereka mengumumkan suntikan dana sebanyak $1.3 juta untuk terus memperluaskan penawaran mereka.

Menurut Dropee, di rantau Asia Tenggara, pelbagai perniagaan borong masih menggunakan kaedah tradisional menggunakan pen dan kertas untuk pengurusan tempahan dan dagangan. Namun, dengan penularan wabak Covid-19, ia telah memberikan impak yang tinggi terhadap pengurusan perniagaan – sekaligus membuatkan ramai beralih ke arah digital.

Sehingga kini, Dropee dikatakan telah membantu syarikat seperti Petronas, British American Tobacco dan sebagainya dalam membantu membawa dagangan mereka secara atas-talian. Dengan suntikan dana baru ini, Dropee menyasarkan untuk terus membantu lebih banyak syarikat dalam mendigitalkan dagangan mereka – sekaligus membawa kepada pengurusan yang lebih efisien.

Layari : Dropee

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.