Dua syarikat telekomunikasi jumpa Kerajaan bincang pakej internet?

Share Button

Dua syarikat berkaitan telekomunikasi dikhabarkan telahpun berjumpa dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk membincangkan tentang pelan internet baru kepada rakyat negara ini.

Sumber memaklumkan, antara intipati perjumpaan belum rasmi tersebut membincangkan tentang kelajuan dan pakej harga lebih murah daripada pakej sedia.

Bercakap tentang pelan tanpa had, perkara tersebut juga menjadi topik utama antara syarikat telekomunikasi namun masih belum boleh ditawarkan sebelum perbincangan lengkap dengan kementerian.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Gobind Singh Deo sekali lagi menegaskan akan memberi fokus dalam menggandakan kelajuan internet dalam tempoh terdekat.

Bercakap ketika sesi temuramah dengan RTM1, Gobind turut menambah kelajuan internet akan digandakan namun harganya akan berkurang sehingga 50%.

Ia adalah salah satu perancangan pelan 100 hari di kementeriannya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedi menerima aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza berbanding negara maju.

Kita kaji pelbagai aspek mengenai Internet termasuk masalah dihadapi syarikat telekomunikasi dan kita akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

Gobind Singh Deo yang juga menteri Singh pertama di Malaysia dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas.

Beliau yang mengangkat sumpah semalam merupakan Ahli Parlimen Puchong di bawah Pakatan Harapan selepas menumpaskan calon Barisan Nasional (Ang Chin Tat) dan Pas (Mohd Rosharizan Mohd Rozlan) dengan majoriti 37,380.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.