DXOMark : Apple iPhone XS Max Menerima Skor 105 – Huawei P20 Pro Masih Menerajui Dihadapan

DxOMark iPhone XS MaxDXOMark sebelum ini telah hadir dengan ujian mereka tersendiri untuk mengetahui kemampuan sesuatu kamera pada telefon pintar, dan berkongsi mengenainya bersama para pembaca. Terkini, hari ini mereka turut telah menerbitkan skor untuk telefon pintar keluaran Apple terbaru, iaitu iPhone XS Max.

iPhone XS Max diberikan skor sebanyak 105 oleh pihak DXO, dimana telefon ini dikatakan menawarkan keupayaan rakaman gambar yang sangat cantik pada pelbagai keadaan cahaya, dan penawaran julat dinamik yang sangat baik. iPhone XS Max juga dikatakan menawarkan sokongan autofokus yang pantas dan jitu.

Walaubagaimanapun, dari segi kekurangan, iPhone XS Max dikatakan merakamkan gambar dalam keadaan underexposed apabila menggunakan lampu Flash. Selain itu, kesan hinggar luminans tampak pada rakaman gambar mahupun video.

Melalui skor yang dikeluarkan ini, ia memposisikan iPhone XS Max sebagai perakam gambar dan video yang lebih baik berbanding pelbagai peranti dipasaran hari ini, dan hanya dibelakang Huawei P20 Pro sahaja yang mempunyai skor sebanyak 109.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.