Edifier Hecate GM4 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM199

Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, 2020 ialah tahun yang melihat puluhan TWS dilancarkan di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan juga harga jualan. Terkini Edifier Hecate GM4 telah dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan rekaan yang kelihatan agak agresif.

Fon telinga TWS ini mempunyai pemandu audio sebesar 5.8mm dan menyokong dua mod penggunaan. Mod muzik biasa menawarkan pengalaman audio yang menarik sementara mod permua pula mengurangkan masa pendam ke 65 ms. Ini adalah menerusi penggunaan cip Pix ArtTM PAU160X dan tambatan bluetooth 5.0. Apabila di dalam mod permua, lampu LED pada sisi putik audio akan menyala.

Selain itu pada sisi putik terdapat sokongan kawalan sesentuh untuk menyeru pembantu maya dan kawalan mainan audio. Dengan sekali caj setiap putik dapat beroperasi sehingga 4 jam dan dengan bantuan pod pengecas pula sehingga 16 jam.

Hecate GM4 turut melepasi piawaian IPX5 yang membolehkan ia digunakan ketika bersenam. Di Malaysia Edifier Hecate GM4 ditawarkan pada harga RM199 sepasang

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*