TechSemut Malaysia

Einride T-log Ialah Lori Balak Swapandu Pertama Dunia

Einride T-log Ialah Lori Balak Swapandu Pertama Dunia

Einride T-log Ialah Lori Balak Swapandu Pertama Dunia
Julai 13
06:21 2018

Automasi akan menyebabkan ramai manusia akan kehilangan kerja dalam masa terdekat. Sistem swapandu sudah mula diuji bagi menggantikan pemandu teksi dan lori di Singapura. Kerjaya seterusnya yang bakal terjejas dengan teknologi ini ialah pemandu lori balak.

Einride T-log ialah lori balak swapandu pertama yang dihasilkan di dunia. Ia mempunyai pemanduan swapandu tahap 4 dan tidak dilengkapi kabin untuk pemandu manusia. Sistem NVIDIA Drive digunakan sebagai sistem swapandu utama. Oleh itu T-Log lebih pendek tetapi masih boleh mengangkut jumlah kargo yang sama. Sekiranya pemandu manusia diperlukan. T-Log boleh dipandu menggunakan alat kawalan jauh.

Selari dengan keperluan semasa, lori balak ini menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik untuk beroperasi dan dilengkapi bateri sebesar 300kWh yang memberikannya kemampuan beroperasi sehingga 193 kilometer. Pihak Einride sudah membuka laman khusus bagi mereka yang menunjukkan minat untuk membeli lori keluaran mereka.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com