Ekologi Pulau

Oleh : Hasrulzaman Hassan Basr, Muhamad Aidil Zahidin & Prof Dr Mohd Tajuddin Abdullah 
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pemandangan ke arah Teluk Keke dari Jeti milik Taman Laut Pulau Perhentian

Ekologi pulau ialah perkaitan orginisma dengan persekitaran fisikal dan biologikal kepulauan. Pulau yang terasing daripada tanah besar adalah kawasan yang indah dengan spesies yang unik yang dikelilingi oleh air sebagai penghalangan utama untuk penghijrahan dan kolonisasi.

Bagi binatang yang boleh berhanyut, terbang and berenang, penghijirah ke pulau tidak menjadi masalah untuk meluaskan taburan mereka.

Peta Voris (2000) Pleistosen Pentas Sunda menyambung Tanah Besar Asia dengan Kepuluan Sumatera, Jawa, Borneo dan Pahlawan, Sungai Sunda Kuno menyambung Sungai Pahang dan Rompin dengan Sarawak, Thailand dan Vietnam

Kajian sarjana barat yang diketui oleh Profesor Robert J. Whittaker telah membuktikan bahawa selepas letupan Krakatua pada tahun 1883, kolonisasi 124 spesies tumbuhan daratan hingga tahun 1992 sebahagiannya telah disebar oleh spesies kelawar pemakan buah dan burung. Burung dan kelawar boleh terbang lebih kurang 100 km ke Pulau Krakatua dari Pulau Jawa.

Teori Biogeografi Pulau (sumber: MacArthur & Wilson 1967; http://www.islandbiogeography.org/)

Teori hanyutan secara berakit telah juga di katakan boleh membawa haiwan daripada tanah besar ke pulau. Perkara ini dapat disaksikan semasa bencana Tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Seorang pemuda, Rizal Sahputra Abdul Hamid, yang terselamat selepas hanyut kira-kira 100 batu nautika dari Banda Aceh di Lautan Hindi, untuk selama sembilan hari ketika peristiwa tsunami.

Pemandangan dari salah sebuah chalet di Pasir Panjang, Pulau Redang.

Binatang besar seperti gajah diketahui boleh berenang dari pantai ke arah pulau berdekatan. Pada 29 Mei 1990, tentera Singapura telah menyaksikan tiga ekor gajah berenang merentasi Selat Johor yang seluas 1.5 km dan mendarat di Pulau Tekong. Pada 7 Jun 1990, dua ekor gajah jantan setinggi 2.3 m telah ditangkap dan gajah jantan ketiga berjaya pada keesokan hari. Semua gajah yang di tangkap itu dilepaskan semula di Taman Negeri Endau Rompin di daerah Segamat-Kluang, Johor.

Pemandangan dari jeti museum ke arah perkampungan lama Vietnam, Pulau Bidong

Binatang serdahana besar pula boleh berenang merentasi lautan dan menjadikan pulau sebagai pengantara loncatan. Pada 5 September 2019, babi hutan berjaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Melaka. Jarak 66 km diantara Pulau Rupat (Sumatra) dan Pulau Besar (Melaka) tidak menjadi penghalang migrasi babi hutan tersebut. Babi hutan juga telah dijumpai di Pulau Sibu, Johor yang terletak kira-kira 6 km daripada bandar Mersing.

Pemandangan kearah lautan luas dari jeti kampong, Pulau Sibu.

Dalam Zaman Ais Maxima kira-kira 10,000 tahun yang lalu, telah berlaku perubahan cuaca seluruh dunia. Suhu dunia telah turun sebanyak 5 oC yang menyebabkan kawasan gunung ganang termasuk Gunung Kinabalu diselaputi salji dan ais. Keadaan ini menyebabkan kitaran air terputus dan paras air laut merosot hingga ke 120 m dibawah laut sekarang ini. Dasar laut bernama Pentas Sunda telah menjadi jambatan tanah yang menghubungkan Asia dengan pulau-pulau Sumatera, Jawa, Borneo dan Palawan. Sungai Pahang dan Sungai Rompin telah mengalir ke arah Sungai Sunda Kunodan berhubungan dengan sungai-sungai di Sarawak, Thailand serta Vietnam.

Haiwan yang berusaha dan berjaya berhijrah ke pulau akan menjadi populasi peneraju. Dalam teori Biogeografi Pulau, MacArthur dan Wilson (1967) mengatakan bahawa kepelbagaian spesies adalan fungsi migrasi dan kepupusan. Saiz pulau dan jarak daripada tanah besar juga menjadi parameter penentu spesies dan kelimpahannya. Pulau yang kecil akan mempunyai nic yang kecil untuk spesies dan jumlah populasi yang rendah. Populasi pulau yang rendah akan menyebabkan hanyutan gen dengan kepelbagaian gen yang rendah atau dikenali sebagai founder effect. Populasi yang telah beradapatasi di pulau akan menjadi unik kerana tiada persiangan untuk nic dan sumber untuk jangka masa yang panjang. Spesies yang beradaptasi akan menjadi endemik dalam habitat pulau tersebut. Penspesian alopatrik boleh didapati di Pulau Galapagos dan Pulau Borneo.

Rujukan

Abdullah., M.T. 2016. Mammalian Evolution and Biogeography [Evolusi dan Biogeografi Mammalia. Universiti Malaysia Terengganu.

Abdullah, M.T., Daim, MS. & Zainuddin., ZZ. 1992. Capture, Immobilization and Translocation of an Elephant From Pulau Ubin, Singapore to Endau-Rompin State Park, Johore, Malaysia. Asian Elephant Specialist Group Newsletter 8, 34-37.

Hasrulzaman, H.B., Zahidin M.A., Ju Lian C., Mahmood F., Parlan, M.F., Abdullah, M.T. 2019. The Impact of Human – Wildlife Conflict on the Biodiversity, Ecosystem and Sustainability of Pulau sibu, Johor. Malayan Nature Journal 71(3), 295 – 303.

Khan., MKMK., Abdullah, MT., Rahman, MA., Nor, BM. 1992. Is Translocation A Management Tool? Gajah 9, 15-17, 1992.

MacArthur, R. H. & Wilson, E. O. 1967. The theory of island biogeography. Princeton University Press, Princeton N J.

Thornton, I. W. B., New, T. R., Zann, R. A. & Rawlinson, P. A. 1990. Colonization of the Krakatau Islands by animals: a perspective from the 1980s. Phil. Trans. R. Soc. Lond. B. 328: 131–165.

Tidemann, C. D., Kitchener, D. J., Zann, R. A. & Thornton, I. W. B. 1990. Recolonization of the Krakatau Islands and adjacent areas of West Java, Indonesia, by bats (Chiroptera) 1883–1986. Phil. Trans. R. Soc. Lond. B. 328: 121–130.

Voris, H. K. 2000. Maps of Pleistocene Sea Levels in South East Asia: Shorelines, River Systems, Time Durations. Journal of Biogeography 27:1153-1167.

Sathiamurthy, E. & Voris, H. K. 2006. Maps of Holocene Sea Level Transgression and Submerged Lakes on the Sunda Shelf. The Natural History Journal of Chulalongkorn University. Supplement 2:1-43.

Kredit Foto : ead72

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.