Elon Musk merupakan salah seorang usahawan yang terkenal, dan mengetuai beberapa syarikat, termasuk menjadi CEO di Tesla. Menariknya, kini beliau turut menambah satu lagi jawatan di Tesla, iaitu “Teknoking Tesla”.

Perkara ini diumumkan melalui pemfailan di bursa, disamping turut menyenaraikan CFO Tesla, Zach Kirkhorn dengan jawatan tambahan “Master Of Coin”.

Kedua-dua jawatan ini adalah tambahan kepada jawatan CEO dan CFO sedia ada untuk masing-masing.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut diumumkan berkaitan dengan penambahan jawatan ini untuk kedua-dua peneraju Tesla ini.

Sebelum ini, Tesla sedia membeli Bitcoin sebagai sebahagian aset syarikat berkenaan, disamping memperlihatkan peningkatan nilai syarikat yang drastik sejak tahun lepas.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.