TechSemut Malaysia

Emoji Angpau, Kuih Bulan Dan Mercun Mungkin Hadir Seawal 2018

Emoji Angpau, Kuih Bulan Dan Mercun Mungkin Hadir Seawal 2018

Emoji Angpau, Kuih Bulan Dan Mercun Mungkin Hadir Seawal 2018
Januari 29
15:59 2017

Emoji Angpau

Pada hari ini, emoji telah menjadi salah satu medium komunikasi yang digunakan secara meluas dalam permesejan menggunakan telefon pintar. Pelbagai jenis emoji disediakan dan mempunyai piawaian tersendiri dalam memudahkan ia ditambah pada pelbagai platform.

Terkini, Unicode telah menerima cadangan beberapa emoji baru yang dijangka akan disertakan pada kemaskini emoji 2018 kelak sekiranya ia menerima persetujuan komuniti.

Antara emoji baru yang dicadangkan adalah termasuk emoji angpau, emoji kuih bulan, dan juga emoji mercun. Untuk makluman, bentuk emoji-emoji ini sedia digunakan pada pelbagai aplikasi dari China, tetapi dengan penyertaan ia dalam Unicode, ia bakal menjadi piawaian yang digunakan meluas oleh semua pihak – termasuk pada web.

Sekiranya cadangan ini diterima, maka kita akan melihat emoji-emoji baru ini disertakan pada pertengahan 2018 kelak. Untuk tahun ini sendiri, beberapa emoji baru dijangka disertakan, termasuk emoji wanita bertudung dan tangan berdoa.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com