Futurise sebelum ini telah berkongsi memperlihatkan jalan raya khas di Cyberjaya yang akan digunakan untuk ujian kereta swapandu. Lanjutan daripadanya, kini syarikat pertama yang menerima kebenaran untuk melakukan ujian berkenaan turut diumumkan.

eMoovit menjadi syarikat pertama yang menerima kebenaran untuk melakukan ujian kereta swapandu mereka di laluan Cyberjaya ini.

Jalan Swapandu

Untuk makluman, eMoovit merupakan anak syarikat dibawah kumpulan MooVita. Ia telah dimulakan pada tahun 2016 yang lepas, dengan fokus terhadp pembangunan perisian kenderaan swapandu untuk laluan persekitaran bandar. Penyelesaian mereka diperkatakan boleh digunakan untuk pengangkutan, logistik dan juga penyelesaian utiliti.

Jalan Swapandu

Dengan pengumuman ini juga, kita mungkin melihat syarikat-syarikat lain turut menerima kebenaran, sekaligus membawa ujian swapandu di Malaysia setapak lagi kehadapan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.