TechSemut Malaysia

Empat Komputer Desktop Lenovo Legion Turut Dilancarkan Untuk Permainan Video Berprestasi Tinggi

Empat Komputer Desktop Lenovo Legion Turut Dilancarkan Untuk Permainan Video Berprestasi Tinggi

Empat Komputer Desktop Lenovo Legion Turut Dilancarkan Untuk Permainan Video Berprestasi Tinggi
Jun 12
06:01 2018

Dua komputer riba untuk permainan video dilancarkan oleh video pada tadi. Turut dilancarkan ialah empat komputer desktop dengan kemampuan tinggi. Ini terdiri dari Lenovo Legion T730 dan Legion T530 dalam bentuk menara. Lenovo Legion C730 dan Legion C530 pula adalah dalam bentuk kerangka kompak yang mudah dibawa untuk acara Lan Party.

Walaupun berlainan rekabentuk, kedua-dua model menara dan kompak sebenarnya mempunyai penawaran spesifikasi yang sama. Terdapat pilihan pemproses sehingga Intel Core i7, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 Ti/AMD Radeon RX570 memori sehingga 32GB DDR4, storan SSD sehingga 512 GB, storan HDD sehingga 2TB dan sistem audio Dolby Atmos. Kerana spesifikasinya yang tinggi, kesemua model juga mampu menyokong peranti realiti maya.

Perbezaan untuk model T dan C terletak pada sistem lampu. Model T hadir dengan sokongan lampu RGB pelbagai warna manakala model C pula hanya dengan sokongan warna merah yang garang. Lenovo Legion T730 dijual pada harga $930 (~RM 3710) , Lenovo T530 pada harga $830 (~RM 3311), Lenovo C730 pada harga $930 (~RM 3710) dan akhir sekali Lenovo C530 pada harga $830 (~RM 3311). Kesemuanya dijual pada bulan Ogos hadapan.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com