TechSemut Malaysia

Empat telefon baru Neffos, semua bawah RM650

Empat telefon baru Neffos, semua bawah RM650

Julai 26
20:13 2018
Share Button

Empat buah telefon pintar diperkenalkan Neffos dan semua berharga kurang RM650.

Model utama, Neffos X9 yang mempunyai rekaan paling cantik berharga RM649 dengan skrin 5.99 inci HD+ berasaskan  prosesor MTK MT6750.

Dengan ROM 32GB dan RAM 3GB, ia mempunyai kamera 13MP+5MP dan kamera depan 8MP.

Berbekalkan bateri 3060mAh, Neffos X9 juga mempunyai pengimbas wajah untuk membuka fon.

Neffos C9

Neffos C9

Model kedua dan ketiga , C9 serta C9A berharga RM479 dan RM429 dan dibezakan dengan dengan skrin 5.99 inci (C9) dan 5.45 inci (C9A) HD+ berasaskan  prosesor MTK MT6739WW.

Dengan ROM 16GB dan RAM 2GB, keduanya mempunyai kamera 13MP dan kamera depan 8MP (C9) atau 5MP (C9A).

Berbekalkan bateri 3840mAh (C9) dan 3020mAh (C9A) , Neffos ini juga mempunyai pengimbas wajah untuk membuka fon.

Model keempat, Neffos C7A paling murah berharga RM359 dengan skrin 5 inci HD berasaskan ROM 16GB dan RAM 2GB, 

Neffos C7A mempunyai kamera 8MP dan kamera depan 2MP.

Kesemua fon ini akan mula dijual pada hujung Ogos nanti.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com