Enjin carian video Bing kini lebih hebat daripada Google

Baru-baru ini Bing telah memperkenalkan enjin carian video mereka yang terkini dengan pelbagai ciri terbaru dan fungsi sekaligus lebih efisien daripada enjin carian Google dan Youtube sendiri. Lebih menarik lagi apabila hasil carian video lengkap dengan pelbagai infomasi termasuk dengan jumlah tontonan, tarikh muat naik, sumber dan juga pratonton hampir semua hasil carian.

Daripada sumber yang saya temui mereka mengatakan bahawa kemas kini carian video Bing ini mesra pengguna untuk peminat musik, maka saya cuba dengan carian lain mengenai cili dan hasil carian yang ditemui sangat memuaskan.

detail

Sangat berguna, bukan sahaja saya jumpa apa yang dicarikan, malah Bing juga memberikan pelbagai cadangan carian di bawah. Jika anda hendak menonton video tidak perlu tergesa-gesa kerana anda boleh menonton pratonton video tersebut dengan meletakkan kursor pada video tersebut. Jika anda klik pada video tersebut, tetingkap apung akan muncul tanpa perlu anda pergi ke laman Youtube. Justeru menjimatkan masa dan membuatkan hasil carian anda lebih efisien.

detaeil2