Epic Ingin Menawarkan Kedai Aplikasi Alternatif Untuk iPhone Jika Dibenarkan

Untuk pengguna iPhone, kedai aplikasi yang ditawarkan hari ini adalah hanya Apple App Store, kerana kawalan pihak Apple yang sekaligus mengehadkan penawaran kedai aplikasi alternatif oleh pihak luar – berbeza dengan di Android.

Hal ini sekaligus membawa kepada persoalan seperti kawalan dominan, dan langkah yang kurang kompetitif kepada pihak lain.

Terbaru, Epic dalam pemfailan saman mereka terhadap Apple, mereka turut menyentuh mengenai penawaran kedai aplikasi.

Epic mengatakan sekiranya dibenarkan, mereka ingin menawarkan kedai aplikasi alternatif untuk iPhone – sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS untuk memuat-turun aplikasi dalam kaedah inovatif dan tersusun.

Langkah ini sekaligus dijangka memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan kedai aplikasi pilihan mereka dalam melakukan pembelian kandungan atau aplikasi.

Epic turut menekankan yang mana disebabkan kawalan pihak Apple, mereka terpaksa mengenakan caj yang lebih tinggi kepada pengguna mereka – salah satu sebabnya kerana perlu membayar cukai 30% kepada pihak Apple.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*