TechSemut Malaysia

eRezeki , pekerjaan atas talian untuk golongan memerlukan

eRezeki , pekerjaan atas talian untuk golongan memerlukan

eRezeki , pekerjaan atas talian untuk golongan memerlukan
April 20
08:01 2016

Program eRezeki bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. eRezeki diperkenalkan bagi membolehkan rakyat terutama daripada kumpulan isirumah berpendapatan rendah untuk mendapat kesedaran, pengetahuan dan seterusnya mengambil peluang ini. Secara ringkas, pihak Kerajaan mahu memastikan rakyat disegenap peringkat dapat mengambil manfaat daripada hasil pelaburan dan pembangunan infrastruktur ICT.Sumber pekerjaan yang akan ditawarkan menerusi Program eRezeki adalah datang daripada syarikat-syarikat antarabangsa, dimana portal eRezeki akan mengenalpasti tugasan yang sesuai untuk disalurkan kepada pekerja di Malaysia.
Selain daripada sumber antarabangsa, tugasan-tugasan digital dari sumber tempatan akan diusahakan dari masa ke semasa.

Program eRezeki adalah mensasarkan golongan isirumah berpendapatan rendah atau yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, serta mempunyai akses kepada Pusat atau Wakil eRezeki yang berhampiran.Sekiranya pendapatan anda melebihi RM4,000 sebulan, anda tidak berkelayakan untuk mengikuti program eRezeki ini.Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai program eRezeki. Program ini terbuka kepada individu dari kumpulan sasar yang dinyatakan yang berumur 18 tahun ke atas. Pendaftaran ke Program eRezeki ini hanya terbuka kepada rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar yang dinyatakan sahaja.Rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara tidak akan dapat menyertai program eRezeki walaupun tergolong dalam kumpulan sasar yang layak.

Khidmat nasihat tentang penggunaan portal eRezeki boleh diperolehi melalui:

  1. Laman web www.erezeki.my
  2. Bantuan daripada pengurus atau pegawai di Pusat atau Wakil eRezeki berhampiran anda.
Share

About Author

hasnan

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com