ESight : Cermin Elektronik Untuk Orang Buta?

Tahukah korang terdapat sejenis cermin mata elektronik yang dikhaskan untuk orang buta dan orang yang mempunyai masalah penglihatan supaya dapat melihat seperti orang normal? Cermin mata elektronik tersebut ialah ESighteyewear 4 dari syarikat ESight. Diasaskan oleh seorang jurutera elektrik iaitu Conrad Lewis yang hendak membantu dua adik perempuanya yg buta, ESight telah berkembang menjadi syarikat peneraju dalam menghasilkan alat pembaikan penglihatan didunia.

ESight 4 yang telah dilancarkan pada july 2020 baru-baru ini telah menjadi cermin mata elektronik peneraju dlm membantu org buta dan org yang mempunyai masalah penglihatan untuk kembali melihat dengan normal. 8 dari 10 org dengan penyakit Stargardt mencuba ESight 4 dan telah berjaya melihat dengan normal. Kajian juga mendapati orang yang mempunyai pelbagai masalah penglihatan dapat melihat dengan normal semula setelah mencuba ESight 4.

Cermin mata elektronik ESight 4 mempunyai keupayaan tanpa wayar, kamera dan lensa terbaik digunakan beserta sensor berteknologi tinggi yang mampu untuk menghasilkan gambar atau video terbaik untuk dilihat pengguna. Algoritma yang kompleks serta menggunakan cip yang canggih antara ramuan untuk cermin mata elektronik ini. Ianya mampu untuk mengikut pergerakkan pengguna sekiranya mereka melihat ke kiri dan kanan atau atas ke bawah dengan menggunakan motor penstabilan
didalam ESight 4.

Direka untuk kegunaan harian, ESight 4 mempunyai berat yang sangat ringan serta bateri yang mampu bertahan seharian lamanya. Kamera ESight 4 juga mampu untuk melihat sehingga 24x jauhnya dan boleh dibekukan, disimpan didalam memorinya. Disamping itu pengguna ESight 4 boleh mengubah warna atau kontras warna mengikut keselesaan masing-masing dan terdapat mode-mode seperti indoor, outdoor atau pun mode custom. Malahan ESight 4 boleh disambung ke
Android atau Apple dengan aplikasi mobil.

Antara kelebihan lain, pengguna boleh mengambil gambar atau video dan kongsikan di telefon pintar melalui ESight 4, menonton movie dari telefon atau TV secara terus melalui ESight. jika anda membeli ESight 4 anda akan mendapat satu cermin mata ESight 4, 2 bateri yg boleh dicas semula, beg utk menyimpan, manual, remote control beserta 2 x bateri AA dan 1 USB cable dengan power adapter.

Kesimpulannya ESight 4 dapat membantu orang buta dan yang mempunyai masalah penglihatan melihat kembali namun dengan harganya yang masih mahal bagi orang kebanyakkan menyebabkan masih ramai yang tidak mampu membli cermin mata ini. Anda boleh mendapatkan ESight 4 di laman esighteyewear.com dgn harga bermula dari 10000 USD atau anda juga boleh mengisi borang di esighteyewear.com utk mencuba dgn percuma sekiranya anda layak.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*