Essential Phone Menerima Aksesori Bicu Audio Dengan Sambungan Bermagnet

Ketika dilancarkan, Essential Phone tidak dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm. Sebaliknya ia mengikut trend semasa yang mengeluarkan output audio menerusi port USB-C. September tahun lalu pihak Essential menjanjikan aksesori yang akan memberikan sambungan analog kepada peranti ini dan ia akhirnya diperlihatkan hari ini.

Aksesori bicu audio 3.5mm Audio Adapter HD ini bermagnet dan bersambung kepada bahagian belakang peranti. Ia dilengkapi amp terbina bagi memastikan ia boleh digunakan dengan fon kepala berimpedansi tinggi. Audio Adapter HD akan mula dijual sekitar bulan Julai tetapi harga belum diumumkan.

Selain itu pemilik Essential Phone turut diberikan langganan Tidal HiFi percuma selama tiga bulan bagi menikmati penstriman audio berformat MQA. Tawaran ini diberikan kepada pemilik lama dan baru telefon pintar ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.