7

Prison Architect, sebuah simulator pembinaan penjara akan mendapat expansion baharu secara percuma.

Expansion yang bernama The Cleared For Transfer akan menambah beberapa kandungan yand dimana pemain boleh memindahkan banduan dari sektor kepada sektor penjara yang lain. Sektor-sektor tersebut boleh ditetapkan salah satunya mempunyai kadar keselamatan yang rendah dengan kebolehan khas. Ini menggalakkan banduan untuk berkelakuan baik untuk mendapat akses sektor tersebut.

Pemain juga boleh mencipta sektor sendiri, termasuk beberapa kawasan dimana banduan dari beberapa peringkat kadar keselematan merayau pada waktu yang tertentu. Shakedowns, satu program pencarian terowong dan perintah berkurung kini boleh dibuat berdasarkan kepada sesetengah sektor berbanding dengan pencarian seluruh penjara.

Apa yang menarikya, Paradox Interactive mengumumkan bahawa mereka mendapat hak penerbitan Prison Architect untuk konsol, ini termasuk PS4, Xbox One dan Switch. Ini bermakna Double Eleven akan membawakan expansion akan datang kepada unit konsol juga.

Permainan ini mula dilancarkan sebagai Steam Early Access yang dibangunkan oleh Introversion Software sebelum hakmiliknya dijuak kepada Paradox. Kini, Paradox adalah penerbit Prison Architect, dimana Double Eleven selaku pembangun permainan ini yang baru sahaja melancarkan studio mereka di Kuala Lumpur.

Expansion ini akan hadir ke Prison Architect PC pada 14hb Mei.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.