Facebook kini mengatakan mereka akan menguji sebuah mesej dalam kotak timbul khusus kepada pengguna iPhone dan iPad, meminta pengguna memberikan kebenaran kepada aplikasi Facebook dalam membolehkan penjejak mereka diaktifkan.

Facebook dijangka akan menguji paparan ini seawal minggu ini – bergerak terlebih dahulu sebelum kemaskini iOS 14 yang dijangka akan meminta perkara sama tidak lama lagi.

Berbanding paparan notifikasi memintak kebenaran daripada Apple, dengan Facebook memintanya terus kepada pengguna – impaknya mungkin sedikit rendah. Pada masa yang sama, Facebook dapat mempelajari respon awal, dan memikirkan kaedah lain sekiranya respon terlalu negatif.

Facebook akan memperlihatkan mesej kepada pengguna, mengatakan dengan membenarkan penjejak, Facebook dapat menawarkan iklan yang lebih diperibadikan, disamping pengguna dapat “membantu perniagaan kecil yang ingin mencapai pengguna”.

Sebelum ini, Facebook pernah kritik Apple berkenaan pelaksanaan ini, selain mengiklankan mengatakan perubahan ini akan menyukarkan syarikat kecil.

Dengan langkah menguji paparan mesej notifikasi khas ini, Facebook dapat mempelajari respon pengguna terlebih dahulu, sebelum pelaksanaan menyeluruh pihak Apple kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.