Facebook merupakan laman sosial terkemuka dunia, namun sekiranya pengguna ingin menikmati video muzik untuk sebarang lagu, mereka perlu menontonnya melalui YouTube atau beberapa alternatif lain.

Hal ini adalah disebabkan oleh Facebook tiada lesen untuknya. Namun, perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Menurut Bloomberg, Facebook dikatakan telah berjaya mendapatkan hak perlesenan bersama tiga syarikat muzik terbesar dunia, iaitu Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan Warner Music Group.

Facebook dikatakan bakal mengumumkan berkaitan perkara ini tidak lama lagi, sekaligus memudahkan pengguna perkhidmatan mereka terus menikmati kandungan tanpa meninggalkan platform Facebook.

Sebelum ini, Facebook telah mendapatkan hak untuk menyertakan audio daripada muzik atau lagu, dan hak untuk siaran video muzik masih didominasi oleh YouTube sehingga kini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*