Facebook, laman sosial terkemuka dunia kini dilihat telah melog keluar sejumlah pengguna perkhidmatan, terutamanya yang menggunakan peranti iPhone.

Disebabkan ini, ramai pengguna terpaksa log masuk kembali ke perkhidmatan berkenaan. Ia didapati, beberapa pengguna yang menggunakan sokongan pengesahan dwi-faktor turut menghadapi masalah untuk log masuk apabila sukar mendapatkan SMS dihantar ke akaun mereka – mungkin disebabkan permintaan yang tinggi.

Facebook melalui kemaskini pada akaun rasmi mereka, mengesahkan menghadapi masalah ini, dan sedang menyelesaikan masalah berkenaan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.