TechSemut Malaysia

Facebook Dilaporkan Berkongsi Maklumat Peribadi Pengguna Dengan Pengeluar Seperti Apple, Samsung Dan Blackberry

Facebook Dilaporkan Berkongsi Maklumat Peribadi Pengguna Dengan Pengeluar Seperti Apple, Samsung Dan Blackberry

Facebook Dilaporkan Berkongsi Maklumat Peribadi Pengguna Dengan Pengeluar Seperti Apple, Samsung Dan Blackberry
Jun 04
09:51 2018

Facebook ialah laman yang menggunakan data peribadi pengguna untuk tujuan pengiklanan. Ia sebuah laman yang boleh digunakan percuma tetapi pengguna berkongsi pelbagai data peribadi sebagai bayaran menggunakan laman sosial ini. Hari ini The New York Times melaporkan Facebook telah berkongsi maklumat peribadi pengguna dengan 60 pengeluar peranti seperti Apple, Samsung, Amazong, Blackberry dan Microsoft.

FacebookPerkongsian data peribadi ini dipercayai telah dilakukan sejak sedekad yang lalu. Antara data yang dikongsi ialah agama, status hubungan, pandangan politik, majlis yang akan dihadiri dan pelbagai lagi. Ini berkemungkinan besar melanggar persetujuan yang ditandatangani oleh Facebook dengan FTC pada tahun 2011 yang menghalang data pengguna dikongsi tanpa kebenaran. Ia boleh mendedahkan pengguna kepada pencerobohan privasi dan masalah sekuriti.

Tidak seperti dahulu, pengguna sekarang lebih cakna tentang penggunaan data peribadi mereka oleh syarikat-syarikat besar. Pasca skandal Cambridge Analytica, laporan terbaru ini pastinya memberikan imej buruk bukan sahaja kepada Facebook tetapi kepada kesemua pengeluar peranti yang terlibat.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com