TechSemut Malaysia

Facebook Groups Menambah Sokongan Bertanya Soalan Untuk Penyaringan Pengguna Baru

Facebook Groups Menambah Sokongan Bertanya Soalan Untuk Penyaringan Pengguna Baru

Facebook Groups Menambah Sokongan Bertanya Soalan Untuk Penyaringan Pengguna Baru
Mei 13
10:20 2017

Facebook Groups adalah sokongan membuat kumpulan khusus pada laman sosial terkemuka berkenaan, dimana pengguna boleh berinteraksi dengan ahli baru, selain berkongsi minat yang serupa. Walaubagaimanapun, dengan perkembangan sesuatu Groups, kadang-kala, mungkin terdapat ahli yang tidak berkongsi minat dan meneyrtainya atas motif-motif lain.

Facebook Groups

Kini, dalam usaha membuat penapisan dan penyaringan ahli kumpulan baru, Facebook dilihat sedang menguji sebuah fungsi bertanya soalan kepada ahli-ahli baru, dan mereka perlu menjawabnya terlebih dahulu sebelum penyertaan mereka dibenarkan.

Pentadbir Groups berkenaan akan perlu menetapkan sehingga tiga soalan, dan mereka boleh melihat jawapan daripada ahli baru sebelum membenarkan mereka masuk Groups berkenaan dan berkenalan serta berinteraksi dengan ahli lain.

Langkah ini dijangka akan mengurangkan troll serta spam dalam sesuatu Facebook Groups.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com