Salah satu fungsi yang sering digunakan di Facebook ialah ciri Reaction, dimana pengguna boleh menggunakan emoji untuk menunjukkan reaksi mereka pada mana-mana satu pos.

Facebook telah memperlihatkan butang “Like” berwarna merah dan kuning, khusus untuk merayakan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada Jumaat ini.

Menariknya, rekaan butang Like merah dan kuning ini hanya dapat dilihat pada aplikasi Facebook buat masa ini, dan di laman web, buat masa ini ia masih lagi hadir dengan rekaan biru dan putih yang klasik.

Kami menjangkakan bahawa rekaan butang ini akan diperkenalkan secara berperingkat dan menjelang Tahun Baru Cina, orang ramai akan menerimanya di semua platform, desktop dan mudah-alih.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.