TechSemut Malaysia

Facebook Ingin Memudahkan Penerbitan Instant Articles Diubah Ke Google AMP

Facebook Ingin Memudahkan Penerbitan Instant Articles Diubah Ke Google AMP

Facebook Ingin Memudahkan Penerbitan Instant Articles Diubah Ke Google AMP
Mei 25
23:14 2017

Facebook melalui platform mereka sedia memperkenalkan Instant Articles – dimana artikel dihoskan melalui Facebook, sekaligus menjadikan sesuatu artikel disampaikan kepada pengguna dengan lebih pantas berbanding membuka pautan biasa. Sejumlah penerbitan sedia menyokongnya, termasuk Amanz.

Facebook Instant Articles

Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan mengumumkan perubahan dan penambahan kemudahan kepada para penerbit kandungan dalam terus menggunakan platform Instant Articles. Facebook mengatakan, kini para penerbit dengan mudah boleh turut mengubah penerbitan mereka di Instant Articles kepada Google AMP melalui SDK khusus yang disediakan mereka.

Langkah ini mungkin akan membuatkan lebih ramai penerbit kakndungan untuk menggunakan platform Instant Articles mereka – disamping turut menarik minat penerbit yang dilihat lebih mengemari Google AMP yang menerima sokongan lebih meluas daripada platform-platform lain berbanding dengan Instant Articles.

Selain daripada sokongan untuk mengubah ke Google AMP, Facebook turut mengatakan mereka turut akan menyokong perubahan kepada Apple News tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com