Berita Menarik

Facebook Kini Membolehkan Anda Membuat Penstriman Langsung Melalui Desktop

Pembaca : 5
0 0

Facebook sebelum ini telah menawarkan sokongan penstriman langsung melalui Facebook Live pada peranti mudah-alih, dan kini perkhidmatan sama turut diperluaskan kepada pengguna desktop seluruh dunia.

Facebook Live Desktop

Melalui ciri terbaru ini, ia membolehkan anda yang mempunyai desktop atau komputer riba dengan sokongan webcam untuk membuat penstriman langsung melalui platform berkenaan. Seperti biasa, pengguna turut boleh mengintegrasikan pelbagai kamera daripada sudut berbeza untuk menghasilkan kualiti penstriman lebih baik.

Ciri penstriman melalui desktop ini telah ditawarkan untuk Facebook Pages sebelum ini, dan kini ia diperluaskan kepada semua pengguna seluruh dunia.

Selain hanya penstriman biasa, Facebook turut dilihat menyasarkan pengguna untuk membuat penstriman langsung permainan video mereka melalui Facebook Live di desktop.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.