Facebook Kini Mempunyai Lebih 2.7 Bilion Pengguna Aktif Bulanan

Facebook kini telah berkongsi penyata kewangan bagi suku tahun yang lepas, sekaligus memperlihatkan beberapa data menarik berkaitan syarikat media sosial berkenaan.

Facebook kini mengumumkan mereka mempunyai lebih 2.7 bilion pengguna aktif bulananberbanding 2.6 bilion pada suku lepas.

Facebook mengatakan pengguna harian di rantau Asia Pasifik kini mencapai 699 juta pengguna aktif setiap hari.

Peningkatan ini secara tidak langsung mungkin juga disebabkan oleh lebih ramai yang mula bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan, sekaligus membuatkan ramai menyemak laman sosial untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti rakan-rakan lain.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*