Facebook Kini Menyokong Paparan Video Sehingga Resolusi 4K

Facebook sebelum ini sekadar menawarkan sokongan paparan video sehingga resolusi 720p sahaja. Namun, kini, gergasi laman sosial berkenaan dilihat telah menambah-baik penawaran, dan membolehkan pengguna menikmati video pada resolusi sehingga 4K.

Melalui kemaskini terbaru ini, Facebook menawarkan pilihan resolusi sehingga 2160p untuk video yang dimuat-naik ke platform mereka.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh melakukan perkongsian video pada resolusi yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama menikmati hasil rakaman yang lebih berkualiti melalui laman sosial berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*