Facebook Melancarkan Fungsi “Blood Donations” – Memudahkan Pengumpulan Bekalan Darah

Di acara perkongsian Facebook bersama media antarabangsa yang diadakan hari ini, terdapat pelbagai kemaskini dan juga latarbelakang disebalik penciptaan sesetengah fungsi yang popular di Facebook. Jika diwaktu awal penubuhan Facebook, ia lebih untuk memupuk persahabatan namun kini penggunaan Facebook menjadi sangat meluas.

Dengan pelbagai fungsi dan minat seperti komuniti Groups, pengisytiharan kecemasan Crisis Response, malah fungsi Gaming dengan tab khusus untuknya, pada harini mereka telah mara setapak lagi kehadapan dengan mengumumkan fungsi terbaru iaitu Blood Donations.

Seperti namanya, fungsi ini dicipta bagi memudahkan pengumpulan darah menerusi permintaan yang dipaparkan Facebook. Pengguna yang berminat boleh mendaftar sebagai penderma darah, dan apabila bekalan darah tidak mencukupi bagi sesuatu kawasan, pengguna akan menerima notifikasi untuk menggalakkan mereka terus menderma darah mereka.

Lebih dari itu, pengguna juga boleh menghubungi pusat bekalan darah secara terus menerusi aplikasi, dan memudahkan perkongsian kedalam NewsFeed membolehkan penderma darah memberikan inspirasi buat pengguna yang lain dan menggalakkan mereka menjadi penderma darah.

Menerusi perkongsian panel pakar, kebanyakan golongan muda masa kini tidak kerap atau tidak menyedari kepentingan menderma darah malah kebanyakan penderma darah sekarang adalah dari golongan warga tua. Di Amerika Syarikat, bekalan darah senantiasa tidak mencukupi jmalah pertubuhan American Red Cross bersusah payah untuk mendapatkan penderma malah menurut mereka lagi, hanya 10% warga US mendermakan darah secara konsisten.

Di negara lain, Brazil misalnya, proses pendermaan darah lebih sukar dijalankan malah sehingga kepada tahap penderma darah perlu menggunakan kos duit sendiri untuk pergi ke pusat pendermaan. Malah rakyat mereka turut mempunyai pendapat seperti : ‘Kenapa aku perlu menderma’ justeru menyebabkan Brazil juga menerima dilema yang sama dalam mendapatkan penderma darah.

Buat masa ini, fungsi yang baru dilancarkan ini hanya tersedia di beberapa bandar utama di Amerika Syarikat seperti San Francisco dan New York. Menjelang akhir tahun, Facebook menyasarkan dapat mewujudkan fungsi ini kepada semua orang. Lebih banyak kawasan akan diliputi dan dengan penciptaan sebegini, diharap dapat membantu sedikit sebanyak isu bekalan darah yang kian meruncing.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.