TechSemut Malaysia

Facebook Memories Kini Hadir Dalam Satu Ruang Mudah Akses

Facebook Memories Kini Hadir Dalam Satu Ruang Mudah Akses

Facebook Memories Kini Hadir Dalam Satu Ruang Mudah Akses
Jun 12
06:01 2018

Facebook Memories adalah satu ciri di mana Facebook mengimbau kembali kenangan silam anda di Facebook. Baik kenangan manis atau duka, Facebook akan beri notifikasi untuk mengimbau semula aktiviti-aktiviti pengguna yang lama. Kini, Facebook melancarkan satu ruang mudah akses memaparkan semua Facebook Memories.

Di dalam ruang ini akan terdapat empat jenis memori yang Facebook akan paparkan ialah:

  • On This Day: Memaparkan kandungan yang pengguna suka, post terdahulu dan juga peristiwa penting yang lalu.
  • Friends Made On This Day: Memaparkan senarai kawan yang diperoleh pada tarikh tertentu melalui kolaj gambar dan video ulang tahun persahabatan.
  • Recaps of Memories: Memaparkan memori bulanan atau bermusim dalam bentuk mesej atau video pendek.
  • Memories You May Have Missed: Mengingat kembali untuk pengguna lihat Facebook Memories yang terlangkau atau terlepas.

Menurut Facebook, mereka lancarkan ruang khas ini adalah kerana Facebook Memories adalah perkara peribadi dan ada yang sensitif. Oleh itu dengan ruang khas – pengguna boleh mengawal sendiri akses, kebenaran dan juga privasi.

Anda bagaimana, adakah anda gunakan Facebook Memories? Atau anda tidak hiraukan kerana Facebook Memories asyik mengimbau kenangan yang duka?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com