Facebook Menamatkan Sokongan Perisian Oculus Untuk Samsung Gear VR

Samsung Gear VR merupakan salah satu peranti boleh-pakai di kepala yang telah diperkenalkan oleh Samsung sebelum ini, membolehkan pengguna menikmati pelbagai kandungan realiti-maya melaluinya. Ketika pengenalan, pihak Facebook telah mengumumkan kerjasama dengan Samsung, dan menawarkan sokongan perisian Oculus untuk Gear VR.

Apa pun, bergerak kehadapan, kini Oculus mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menawarkan kemaskini baru untuk Gear VR. Pada masa yang sama, tiada lagi aplikasi baru akan ditambah ke Oculus Store yang menyokong Gear VR selepas 15 September 2020.

Pengguna masih boleh menggunakan aplikasi dan kandungan yang telah dimuat-turun ke Gear VR masing-masing seperti biasa.

Apa pun, beberapa perubahan yang akan hadir adalah termasuk tiada lagi penawaran aplikasi Oculus 360 Photos untuk Gear VR bermula 30 Mei 2020 kelak. Aplikasi Oculus Video juga tidak boleh dimuat-turun untuk Gear VR dalam beberapa bulan lagi. Oculus Browser juga tidak akan menerima sebarang kemaskini selepas ini.

Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengguna Gear VR masih boleh menggunakan peranti realiti-maya anda seperti biasa, dan perubahan ini hanya melibatkan perisian Oculus sahaja, dan perubahan untuk memuat-turun kandungan baru dan kemaskini untuknya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*