TechSemut Malaysia

Facebook Menguji Ciri Yang Memudahkan Anda Mengikuti Topik Perbincangan Kegemaran

Facebook Menguji Ciri Yang Memudahkan Anda Mengikuti Topik Perbincangan Kegemaran

Facebook Menguji Ciri Yang Memudahkan Anda Mengikuti Topik Perbincangan Kegemaran
Mei 06
00:02 2017

Salah satu perkara yang membuatkan pengguna sering terikat dengan platform Facebook adalah kerana pelbagai ciri baru yang diuji dan dioptimasikan oleh Facebook untuk pengguna. Setiap minggu mereka dilihat menguji beberapa perkara baru, dan terkini, Facebook didapati menguji sebuah ciri baru yang dinamakan “Topics”.

Melalui ciri baru ini, pengguna Facebook boleh mengikuti sesuatu topik kegemaran mereka, dan melihat pelbagai kandungan yang diterbitkan oleh penerbit dibawah tema atau topik yang sama.

Facebook Topics

Daripada apa yang dilihat oleh TechCrunch, pengguna dipaparkan dengan topik pilihan berdasarkan kepada minat mereka – sebagai contoh, “Kisah Seram”, “Fotografi” dan sebagainya. Seterusnya, apabila ia dipilih, ia menyertakan kandungan daripada pelbagai sumber, dan pengguna turut boleh berhubung dengan sumber berkenaan (seperti Like FB Page berkenaan), atau membincangkan topik pelbagai perkongsian melalui ruangan komen.

Facebook mengatakan ujian ini dilakukan dikalangan segelintir kecil pengguna. Berbanding perlu mengikuti sesuatu Pages untuk mendapatkan info terkini, pengguna boleh mengikuti topik yang diinginkan mereka, dan mendapatkan pelbagai kemaskini semasa melaluinya.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com