Kami sebenarnya merindui zaman MySpace dan Friendster kerana profil pengguna boleh dikustomasi untuk benar-benar menunjukkan identiti peribadi. Laman media sosial semasa hanya membenarkan kustomasi profil yang terhad seperti avatar dan imej latar belakang. Pilihan kustomasi warna latar belakang mungkin kelak akan dilakukan oleh Facebook.

Penganalisa aplikasi Jane Manchun Wong sekali lagi menemui ciri baharu ini pada aplikasi Facebook. Latar belakang profil pengguna yang dilihat menerusi aplikasi akan berubah mengikut imej sampul yang digunakan oleh pengguna. Implementasi semasa masih kurang menarik kerana pemilihan warna automatik yang langsung tidak menarik. Pengguna masih tidak boleh memilih sendiri warna latar belakang tetapi sistem automatik ini sekurang-kurangnya memberikan pilihan warna selain putih dan hitam (pada versi Lite).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.