Berita Menarik

Facebook Menguji Sokongan Langganan Berbayar Bulanan Pada Facebook Groups

Pembaca : 9
0 0

Facebook Groups merupakan salah satu ciri komuniti pada perkhidmatan sosial terkemuka Facebook, membolehkan pengguna menyertainya dan berkongsi minat yang sama bersama-sama pengguna lain. Ia telah ditawarkan untuk sekian lama, dan kini pihak Facebook dilihat sedang menguji sebuah ciri baru pada Groups.

Melalui sokongan baru yang sedang diuji ini, ia membolehkan Groups untuk menawarkan kandungan eksklusif yang hanya boleh diakses oleh pengguna yang membayar langganan sahaja.

Facebook Groups Subscribe

Buat masa ini, Facebook sedang menguji ciri ini melalui beberapa Groups di Amerika Syarikat. Pengguna masih dapat mengakses dan berkomunikasi dengan pengguna Groups lain seperti biasa. Namun, untuk pengguna yang melanggan kandungan berbayar, mereka menerima akses kepada kandungan tambahan seperti tutorial, video, dan sebagainya.

Facebook dijangka menguji dan mengumpulkan maklumbalas terlebih dahulu untuk sokongan baru ini, sebelum ia diperluaskan kepada semua.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.