Berita Menarik

Facebook Messenger Instant Games Mula Aktif Untuk Pengguna Di Malaysia

Pembaca : 14
0 0

Facebook pada awal bulan Mei ini telah mengumumkan pengenalan Instant Games pada Facebook Messenger pada peringkat global. Kini, selang beberapa hari, fungsi tersebut dilihat telah mula aktif kepada ramai pengguna tempatan.

Melalui Instant Games, ia menawarkan permainan dalam bentuk HTML5, dan tidak memerlukan pengguna memuat-turun. Pengguna boleh memainkan sesuatu permainan terus serta-merta melalui Facebook Messenger, dan bersaing dengan rakan-rakan lain dari segi skor. Buat masa ini, sekitar 50 permainan tersedia, termasuk Snake, Pac-Man, Word with Friends, dan sebagainya.

Instant Games

Bagi anda yang menggunakan Facebook Messenger, anda boleh melihat sebuah ikon permainan khusus pada aplikasi tersebut, dan mengakses pelbagai permainan yang ditawarkan melaluinya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.