Berita Menarik

Facebook Messenger Kids Kini Boleh Digunakan Oleh Kanak-Kanak Di Malaysia, Dengan Pemantauan Ibu Bapa

Pembaca : 12
0 0

Terdahulu, Facebook telah memperkenalkan aplikasi “Messenger Kids” iaitu sebuah variasi Facebook Messenger yang direka khusus untuk kanak-kanak. Aplikasi Messenger Kids ini membolehkan kanak-kanak kekal berhubung melalui video atau teks dengan mudah bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain. Ia pertama kali diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan kini penawarannya diperluaskan lagi ke 70 buah negara termasuklah di Malaysia.

Aplikasi ini dibangunkan bagi mengurangkan risiko ancaman keselamatan terhadap kanak-kanak terutamanya daripada pihak luar yang tidak dikenali. Berbeza dengan variasi biasa, akaun Messenger Kids boleh dipautkan dengan akaun ibu bapa sekaligus membolehkan ibu bapa memantau dengan siapa dan apa topik perbualan yang dibincangkan oleh anak-anak mereka.

Aplikasi ini juga hadir dengan sejumlah pelekat khas bagi menjadikan panggilan video lebih menarik dan menyeronokkan ketika digunakan antara kanak-kanak. Bagi yang berminat, aplikasi ini kini boleh dimuat-turun menerusi App Store dan akan tersedia di Google Play tidak lama lagi.

Muat turun Messenger Kids dari Google Play Store

Muat turun Messenger Kids dari Apple App Store

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.