Facebook sebelum ini telah mengatakan mereka akan mengehadkan paparan perkongsian politik pada NewsFeed, dan kini mereka telah mulakan ujian berkenaan.

Buat masa ini, perubahan di NewsFeed ini diuji di Indonesia, Canada dan Brazil.

Dengan perubahan ini, pengguna akan kurang melihat perkongsian berbentuk politik – melainkan ke Facebook Pages tertentu untuk melihatnya, atau ke halaman profil pengguna yang berkongsi berkenaan dengannya.

Facebook turut menekankan kandungan berbentuk politik sahaja terjejas, dan ia tidak akan memberikan kesan terhadap perkongsian kandungan agensi kerajaan.

Dengan pengurangan kandungan politik, ia dijangka akan memberikan pengalaman yang lebih baik, selain mengurangkan impak laman sosial berkenaan terhadap polisi atau pilihanraya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.