Facebook Umumkan Portal – Peranti Yang Memudahkan Anda Membuat Panggilan Video

Facebook hari ini telah memperkenalkan peranti terbaru daripada mereka, dinamakan Portal. Hadir dalam dua variasi – Portal dan Portal+, kedua-duanya memfokuskan kepada memudahkan anda membuat panggilan video dan kekal berhubung dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Portal hadir dengan skrin 10-inci pada resolusi 1280x800pixel, sementara Portal+ pula hadir dengan skrin 15-inci pada resolusi 1920×1080 pixel. Kedua-duanya hadir dengan fokus terhadap penggunaan panggilan video Facebook padanya.

Facebook Portal

Facebook turut mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan yang membolehkan panggilan video lebih baik – termasuk dari segi rakaman video dan juga kawalan bunyi hinggar ketika panggilan video. Facebook juga menyertakan sokongan AR padanya dalam menjadikan panggilan video anda lebih baik dan menarik berbanding kebiasaan.

Pada masa yang sama, Portal turut mengintegrasikan sokongan pembantu kecerdasan Alexa daripada Amazon dalam memudahkan anda melakukan beberapa perkara dengan arahan kawalan suara.

Buat masa ini, Portal hanya dibuka untuk pra-tempahan di Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan dipasarkan di luar Amerika Syarika atau tidak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.