Di dalam dunia yang masih berperang dengan koronavirus, kita sering diingatkan untuk menggunakan sistem pembayaran nirtunai bagi mengelakkan risiko berjangkit. Tetapi kerap kali sistem pembayaran tunai yang ingin digunakan tidak boleh disokong. Bagi pengguna Touch ‘n Go eWallet, dompet digital ini sudah boleh digunakan untuk pembayaran di rangkaian kedai serbaneka Family Mart.

Pengumuman dilakukan dua hari yang lalu dan boleh digunakan di seluruh negara. Pembelian oden lazat dan aiskrim lembut kini dapat dilakukan tanpa wang fizikal selepas sekian lama diminta oleh pelanggan. Sebelum ini Touch ‘n Go eWallet telah diterima di rangkaian kedai serbaneka 7-11 sejak Oktober tahun lalu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.