TechSemut Malaysia

Far Cry 5 Mungkin Bertemakan Western

Far Cry 5 Mungkin Bertemakan Western

Far Cry 5 Mungkin Bertemakan Western
Mei 09
07:22 2017

Menurut khabar angin terbaru, Far Cry 5 mungkin akan berada  dalam abad ke-19 Amerika, dan bertemakan Spaghetti Western.

Khabar angin terbaru ini bermula apabila laman web Great Falls Tribune melaporkan bahawa gereja di bahagian timur laut Montana akan dipaparkan dalam permainan video akan datang dijangka dikeluarkan pada bulan September.

Pada mulanya permainan ini dianggap sebagai Red Dead Redemption 2 tetapi menurut wakil dari Kotaku, Jason Schreier permainan yang diperkatakan ini ialah Far Cry 5. Sebelum ini Kotaku dengan tepat menyatakan bahawa permainan Assassin Creed akan skip keluaran tahunannya dan menjangkakan kelewatan No Man’s Sky ke pasaran.

Ubisoft beberapa tahun lalu jugak pernah melakukan survey untuk orang ramai dan memasukan soalan yang meminta jika peminat mahu “permainan Far Cry dalam gaya Spaghetti Western yang berada dalam abad ke-19.

Red Dead Redemption 2 juga akan dipasarkan dalam penghujung tahun ini, kemungkinan pada 3 Okt menurut maklumat yang tertiris. Ini akan meletakkan dua permainan triple-A dalam tempoh sebulan antara satu sama yang lain. Tetapi Red Dead Redemption 2 masih belum disahkan untuk PC, tetapi bagi permainan Rockstar yang sebelum ini iaitu GTA V turut berada di dalam platform PC walaupun lewat berbanding dengan konsol.

Buat pada masa ini, ini sahaja sumber-sumber dan maklumat yang ada. Namun, ia cukup kukuh untuk memberi jangkaan yang munasabah dari apa kita boleh mengharapkan untuk kemunculan permainan Ubisoft ini pada E3 2017 . Untuk Far Cry 5 bersaing dengan Red Dead Redemption 2 adalah sukar untuk Ubisoft, tetapi tidak ada jaminan lagi bahawa Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan tahun ini, memandangkan kecenderungan Rockstar yang terkenal dengan kelewatan mengeluarakan permainannya.

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com