Faraday Future Dan The9 Akan Bekerjasama Untuk Membina Kereta Elektrik Di China

Faraday Future, syarikat pembina kenderaan elektrik dan The9 Limited, syarikat pembangun permainan video dari China dikatakan bakal memasuki usaha-sama untuk membina kereta elektrik untuk pasaran China.

Usaha-sama tersebut, yang dikatakan hadir dengan potongan 50-50, akan melihat The9 Limited melaburkan wang sebanyak $600 juta (RM2.4 bilion) kedalam Faraday Future, dan untuk wang tersebut, Faraday Future akan membina kereta elektrik premium yang dinamakan V9 untuk pasaran China, berdasarkan sebuah lagi SUV premium mereka, FF91.

Menurut siaran akhbar The9 Limited, mereka akan memberi $5 juta kepada Faraday Future terlebih dahulu, dan lebihan daripada $600 juta tersebut akan diberi bergantung kepada beberapa syarat pembiayaan yang perlu ditepati.

Walaupun lokasi kilang pembinaan kenderaan elektrik ini masih belum ditetapkan lagi, Faraday Future yakin bahawa mereka boleh membina 300 ribu buah kereta V9 setahun, dan dengan pembiayaan oleh The9 Limited, mereka juga boleh mula mengilang kenderaan FF91 yang tertunda buat sekian lama.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.